Post terbaru

Thursday, September 5, 2013

Tenang


Tenang pada diam, bukan pada bising,
Tenang bukan kat situ, bukan kat situ dan bukan kat situ jugak.

Tenang pada fikir, bukan pada lupa,
Tenang memang bukan kat situ. Em, ye bukan kat situ, situ dan situ.

Tenang ada dekat, bukan jauh,
Tenang kat sini,
A'ah kat sini, tapi perlu diam, fikir dalam-dalam..

Sana bukan tenang,
Sana tipu je,
Konon tenang, tapi bukan tenang..

Sini,
Jangan pergi sana,
Tak jauh,
dekat..
Sini, diam, fikir..

freshie

Friday, October 28, 2011

Mini Stream


Kombat fikrah ini bukan medan untuk berkasar. Kombat ini perlu kebijakan dan keteguhan. Tapi kalau dikasari, kena bersedia. Tak semua orang mudah menerima pendapat "mini stream". Sudah sunnatullah, pejuang kebenaran terdahulu pendapatnya mini stream di tengah-tengah pendapat mainstream masyarakat.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah)”

Surah Al An’am, 6:116

Banyak lagi dalil Al-Quran yang menyebutkan tentang golongan 'kebanyakan' tersebut. Saya cuma quote satu supaya mudah ingat.

Memang sudah Rasulullah sebutkan golongan Ghuraba' (yang terasing). Bilangannya sedikit. Tak pernah sebanyak yang menentangnya.

Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

 Maka, ini perkara pertama yang kita kena set dalam fikiran. Jadilah orang sedikit yang bijak. Bukan sedikit tapi kasar pulak tu. Rendah hatilah dengan Allah, letakkan pergantungan hanya pada Dia.

Ummu Iffah
10:51 malam
Hulu Langat

Thursday, October 27, 2011

Matlamat kombat fikrah

Assalamualaikum. Apa khabar? ^_^

Tujuan buka blog ini agak jelas kan? Sudah tertera pada tajuk, iaitu, KOMBAT FIKRAH.
Fikiran apakah yang saya nak kombatkan? Meh saya senaraikan sikit:
  1. Fikiran sempit
  2. Fikiran penakut
  3. Fikiran jahat
  4. Fikiran songsang (songsang dari segi akidah)
  5. Fikiran bodoh (fikiran yang direka-reka)
  6. dan lain-lain
Dengan kesedaran yang penuh bahawa saya bukanlah ahli cendekiawan dalam mana-mana bidang ilmu, maka saya akan menulis dengan penuh berhati-hati. Jika perlu, saya akan buat rujukan ekstra. Sebarang nasihat dan teguran amat dialu-alukan.


Akhir kata, moga Allah terima segalanya...

Salam kombat.

freshie
di makmal